Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah
kepada Rasulullah SAW secara lansung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s.
sepertimana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini
memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat adalah ibadah yang
amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri kelangit
untuk mengambil kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke
dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting.
Oleh yang demikian kita
telahpun memahami dan meyakini bahawa pengaruh atau kesan positif solat kepada
kehidupan umat Islam terlalu besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak
mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat
dan bernegara.
Kepentingan dan
hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:
1)Solat Untuk Menyembah
dan Mengingati Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T: Yang
bermaksud:
”Sungguh aku ini
Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk
mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Solat adalah pengabdian
seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah
jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain
untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan
hanya menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat
sebenarnya adalah orang yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut
disembah.Malah mereka ini adalah golongan yang telah menipu terhadap pengakuan
di dalam syahadah dan ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati Allah,maka
Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala yang
bermaksud:
"Maka ingatlah
kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152:Surah al-Baqarah)
2)Tanda pengabdian dan
syukur kepada Allah Azzawajalla.
Solat juga merupakan
tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala
nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:
Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami
(Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat
kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada
Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).
Sekiranya seorang muslim
tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah
Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih
Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang
kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.
3)Hikmah Solat Dalam
Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang
bermaksud:
”Solat lima waktu dan
solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu
solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).
Dosa yang dimaksudkan di
sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan
bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara
mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang tidak berhak
diperkatakan,begitu juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan
kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita
dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang
tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan
azab dan api neraka Allah.
4) SOLAT MENCEGAH
PERKARA KEJI, MUNGKAR DAN GEJALA SOSIAL
اتْلُ مَا أُوحِيَ
إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا
تَصْنَعُونَ
Firman Allah: Bacalah
serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran,
dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah
dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut [29:45]).
ULASAN: Solat yang
didirikan dengan penuh penghayatan akan membendung seseorang Muslim dari
melakukan perkara keji kerana intisari solat (kepatuhan kepada segala arahan
Allah) dihayati dan dilaksanakan. Perlakuan dosa dan maksiat seseorang manusia
menjadi kayu ukur penerimaan solatnya. Orang yang bersolat tetapi masih
melanggar arahan Allah sebenarnya tidak benar-benar memahami dan menmghayati
falsafah solat. Oleh kerana itu, perbuatan solat disebut dalam al-Quran dengan
arahan DIRIKANLAH kerana ia perlu didirikan dengan asas ilmu yang teguh dan
penghayatan.
5) ORANG YANG
MENINGGALKAN SOLAT SENANG TERJEBAK DENGAN MAKSIAT SERTA MENGIKUT HAWA NAFSU
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ
وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
Firman Allah: Kemudian
mereka (para rasul) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan
sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka
akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam [19:59]).
Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.
- Solat
Subuh -Wajah yang cantik.
- Solat
Zuhur -Rezeki yang banyak.
- Solat
Asar -Kesihatan yang baik.
- Solat
Maghrib -Anak anak yang cerdik dan berjaya.
- Solat
Isyak -Tidur yang nyenyak tanpa
gangguan.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete